Sunday, 25 September 2016

TIPS UNTUK ORANG PUTUS CINTA

11 Tips Untuk Orang Putus Cinta
Hari ini viral kisah lelaki yang bercinta dengan seorang gadis selama 9 tahun. Pada Hari Raya ke-3 semalam mereka sepatutnya memeterai ikatan perkahwinan. Namun gadis itu berkahwin dengan lelaki yang lain.
1. Percintaan tidak perlu disulam terlalu lama hingga bertahun-tahun. Jika kedua pihak sudah mengenali terlalu mendalam maka tiada elemen 'suprise' semasa berumah tangga. Kemungkinan perasaan jemu pula yang akan berputik.
2. Bercintalah seadanya kerana cinta ini ada pasang surutnya. Perasaan manusia ini boleh berubah-ubah bagaikan angin monsun.
3. Bakal pasangan perlu dicari yang memiliki latar belakang agama yang kuat serta budi pekerti yang baik. Perwatakan yang cantik atau hensem adalah bonus.
4. Perkara yang berlaku ada hikmahnya yang kita tidak mampu memahaminya. Mungkin selepas beberapa tahun berlalu barulah mampu memahami takdir Allah yang berlaku. Ketika itu akan pasti wujud kesyukuran kepada Allah.
5. Hantaran belanja sepatutnya jumlah yang bersesuaian berdasarkan kemampuan. Perkara yang paling penting ialah memeteraikan ikatan perkahwinan.
6. Kenduri kahwin bukan tempat untuk berbangga di mata masyarakat. Kenduri kahwin sebenarnya sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan berkongsi kegembiraan dengan masyarakat.
7. Apabila ingin menyunting pasangan hidup maka lakukanlah Solat istikharah dengan Allah. Ia bagaikan bermesyuarat dengan Allah. Sesungguhnya cinta menyebabkan orang itu buta dan pekak daripada melihat perkara hakiki.
8. Sabar dan redha dengan apa yang berlaku adalah perkara wajib bagi seorang Muslim. Jangan hanya kerana kehilangan seorang gadis maka hidup
menjadi sengsara dan gila.
9. Jodoh yang sesuai dan lebih baik ada di luar sana. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
10. Jangan terus mencerca diri kerana ia sudah berlaku. Jangan difikirkan lagi episod lama. Hidup perlu diteruskan. Tutup memori lama dan buka halaman baru!
11. Ingatlah Allah sentiasa bersama kamu!

No comments:

Post a Comment