Friday, 29 July 2016

https://www.youtube.com/watch?v=jf7mvBz4tok
http://www.astrogempak.com.my/videodetails.aspx?mediaid=1526664&title=persada-akhir-tahfiz-muda-mawi-pu-rahmat&apik=movideoSalamMuslim
Kita tidak sempurna & tidak akan pernah sempurna.
Jujurlah dengan kelemahan diri,
Jangan bercakap buruk tentang orang lain.
Lihat yang terbaik pada orang & berdoa Yang Maha Kuasa melihat yang terbaik di dalam kita.
Jika hijrah mu kerana Tuhan
Kau tak pedulikan pujian atau makian
Jika hijrah mu kerana Jannah
Kau tak pedulikan manusia penuh karenah
Jika hijrah mu kerana Rasul Junjungan
Kau tak pedulikan segala macam tentangan
Doa Mohon Keselamatan (Doa Selamat)

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

ALLOOHUMMA INNAA NAS-ALUKA SALAAMATAN FID DIINI WA 'AAFIYATAN FIL JASADI WA ZIYAADATAN FIL 'ILMI WA BAROKATAN FIR RIZQI WA TAUBATAN QOBLAL MAUTI WA ROHMATAN 'INDAL MAUTI WA MAGHFIROTAN BA'DAL MAUTI

 "Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan pada tubuh badan dan penambahan ilmu, dan keberkatan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati ".

 اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

ALLOOHUMMA HAWWIN 'ALAINAA FII SAKARAATIL MAUTI WANNAJAATA MINAN NAARI WAL 'AFWA 'INDAL HISAABI

"Ya Allah, mudahkanlah kami saat pencabutan nyawa, selamat dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika amal diperhitungkan."

 رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْهَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

RABBANAA LAA TUZIGH QULUUBANAA BA'DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANAA MIL LADUNKA RAHMA, INNAKA ANTAL WAHHAAB

"Ya Allah, janganlah Engkau goyangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

RABBANAA AATINAA FIDDUNNYAA HASANAH, WA FIL AAKHIRATI HASANAH, WAQINAA ‘ADZAA BAN NAAR.

 "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan peliharalah kami dari seksaan api neraka".

Thursday, 28 July 2016

"Demi Allah, sesungguhnya kemenangan itu hanya beberapa jengkal daripada kepala kamu. Hanya menunggu seruan Kun Fayakun, maka janganlah kamu sibuk dengan bertanya bilakah kemenangan akan tetapi sibukkan dirimu dengan tugasan kamu diposisi masing-masing antara memperjuangkan kebenaran dan menundukkan kebailan".

- Al-Syahid Syed Qutb -

Wednesday, 27 July 2016

Tuesday, 26 July 2016

Carilah Sahabat Yang Baik Untuk Kebahagian Dunia Dan Akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa r.a )
Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan bersahabat dengan orang-orang yang dapat merosak agama mahupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)
Banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Apabila kalian telah berjaya beroleh sahabat sejati berteraskan iman dan takwa, perlulah diberi perhatian terhadap langkah-langkah yang menyuburkan ikatan ukhwah tersebut :
1. Mengasihi saudara sesama Islam semata-mata kerana Allah SWT
2. Mengucap salam bila bertemu
3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit
4. Sentiasa saling mendoakan
5. Menolong ketika kesempitan
6. Memenuhi jemputan
7. Memberi ucapat tahniah dan takziah
8. Saling memberi hadiah
9. Tidak memutuskan silaturahim dan memulaukan
10. Bertolak ansur dan saling memaafkan
11. Bermanis muka bila bertemu
12. Sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seislam
13. Memberi tempoh yang diperlukan untuk dia membayar balik hutangnya
14. Bersangka baik dan tidak mudah mempercayai berita fitnah mengenai dirinya
15. Membantunya mencarikan pasangan hidup yang baik jika dia belum berumahtangga.
Pada hakikatnya, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita untuk mengawalnya dari dirosakkan oleh gejala-gejala liar sepertimana maksud sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah kamu saling putus memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap masa kita dituntut untuk mencari sahabat yang baik, apalagi dengan mencari pasangan hidup iaitu suami atau isteri. Pasangan suami-isteri tentu saja akan menjalani hubungan bukan hanya seketika. Bahkan suami atau isteri akan menjadi teman setiap masa. Sudah sepatutnya, kita berusaha mencari pasangan yang soleh atau solehah. Dengan ini akan membuat kita semakin teguh dalam menjalani agama.
Look for a good friend for the happiness of the world and the hereafter.

The Messenger of God, which means: " Someone (friends) sitting with righteous people and wicked person is like being friends with the owner of perfume and a blacksmith. If you do not awarded by her perfume, you can buy from him or at least could smell it. As for friends with smithy, if you do not find the body or clothes burned, at least you can smell that isn't good." (Hadith of Bukhari from Abu Musa R. A)

Ibn Hajar Al Asqolani said, " this hadith indicates the prohibition was friends with people who can destroy religion nor our world. And this hadith also shows the urge to keep associating with people who can provide benefits in religion and the world."
(Fath Al-Bari, ibn hajar al asqolani, 4/324, DARUL MA ' Rifah, Beirut, 1379)

Many Hadith-Hadith Prophet saw that describe the properties of a good friend.

The Word of the prophet peace be upon him, which means: " whoever shuts his brother's secret, God will shut the secret in the world and the hereafter." History of Hadith (Ibn Majah)

When you've successfully attain real friend berteraskan iman and takwa, have to be given attention to the steps who nourish the ukhwah bond:

1. Love your fellow brother Islam purely because God Almighty
2. Say hello when I see you
3. always wish especially when sick
4. Always pray for each other
5. Help when in need
6. Meet invitations
7. give ucapat congratulations and condolences.
8. Give each other gifts
9. Don't decide silaturahim and memulaukan
10. Tolerant and forgive each other
11. Bermanis face when I see you
12. Always be honest and sincere desire goodness are brother and sister
13. Give the time needed for him to pay back his debt
14. Bersangka good and not so easy to believe the news about slander
15. Help her find a good life partner. If he has yet to get married.

In fact, a good friendship requires attention from us to escort him from corrupted by those symptoms mean wild as the messenger of God, which means: " do not cut the relationship broke up each other, do not turn your back to each other not hate each other-hating, do not Berhasad envy each other. And be ye servants of the brothers. And it is not lawful for a Muslim to look away from his brother for more than three days ". (Hadith of Bukhari and Muslim)

Every time we are being sued for looking for a good friend, especially with those looking for life partner, husband or wife. Husband and wives of course going to a relationship is not just a moment. Even husband or wife will be friends every time. Drew, we are trying to find a couple of righteousness or solehah. With this will make us the more resolute in live my religion.

Nk positifkan diri tu bkn senang..
Perlukan kesabaran yg amat dahsyat..
Kena istiqomah...sbb bila nk positif ni banyak sgt halangannya..seringkali disalah erti..sering dipandang negatif..positif yg di buat2 pun ada..tp sekurang2nya dia cuba utk jd positif..drpd xpernah mencuba nk jd org yg positif tu kn..ajar diri, didik jiwa agar sering berfikir positif..yg penting kata2 tu biarlah seiring dgn perbuatan jgk yer...jgn hanya laju bila melontar kata tp slow dlm mengotakan kata2..😉😉

Monday, 25 July 2016

#RENUNGAN#

PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangnya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangnya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah.

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban!

Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalannnya ke pasar perniagannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja.. Spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu..

PENGAJARAN....Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tetapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui ".

"Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu."

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..


Sunday, 24 July 2016

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23) 

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. 

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

Cara Untuk Membaiki Hati Yang Sakit.
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat. Sifat dendam, marah dan hasad dengki akan lahir daripada nafsu oleh itu lawanlah hawa nafsu kita.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.
Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.
Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :
1. Tidak Banyak Berbicara.
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
2. Jaga Emosi dan Perasaan.
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.
3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.
4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.

Saturday, 23 July 2016


Sedangkan pasir pun boleh berubah bila dipukul ombak, inikan pula hati manusia yg mudah dipengaruhi 🍃
‪#‎letsjustbefriend‬ 😊

"Ilmu ibarat unta dipadang pasir apabila tidak jaga dia akan terlepas dan susah untuk mendapatnya semula"
Ilmu sudah terlupa susah pula untuk mendapatkannya



Lebih jauh dari itu semua, Islam memperhatikan kehormatan haiwan yang dipelihara, menyuruh untuk menyanyangi dan melindunginya, memberinya makan yang layak, mengubatinya jika sakit dan tidak membebankan tugas di luar kesanggupannya. Tindakan sewenang-wenang terhadap haiwan ini boleh memasukkan seseorang ke dalam api neraka, dan menyayanginya boleh menjadi sebab datangnya ampunan dari Allah. Disebutkan dalam hadis sahih, bahawa ada seorang wanita yang masuk neraka gara-gara seekor kucing yang dikurungnya, dia tidak memberinya makan dan tidak melepaskannya agar boleh makan serangga. Ada pula seorang lelaki yang memberi minum seekor angin yang kehausan. Dia bersyukur kepada Allah hingga dosa-dosanya diampuni. Para sahabat merasa hairan, kerana mereka mendapat pahala hanya kerana memperhatikan haiwan-haiwan itu, maka baginda bersabda:


" Di dalam setiap hati ada pahala yang basah"
                                                  (Muttafaq Alaihi).




PEREMPUAN, TUNDUKKANLAH PANDANGANMU DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM


Friday, 22 July 2016

Bertaubatlah sebelum tidur. Mana tau esok tak bangun dh. Usahkan kawan, Mak ayah bilik sebelahpun tak sempat nk minta maaf.
Allahu...
Ak cium mak aku sebab tu syurga aku. Yg ko euww2 tu kenape? Ko takde syurga sendiri ke?
‪#‎sentap‬
Balas Keburukan Dengan Kebaikan

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ذَوِي أَرْحَامٍ أَصِلُ وَيَقْطَعُونَ وَأَعْفُو وَيَظْلِمُونَ وَأُحْسِنُ وَيُسِيئُونَ أَفَأُكَافِئُهُمْ قَالَ لَا إِذًا تُتْرَكُونَ جَمِيعًا وَلَكِنْ خُذْ بِالْفَضْلِ وَصِلْهُمْ فَإِنَّهُ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ مَا كُنْتَ عَلَى ذَلِكَ
Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?" maka Baginda SAW menjawab: "Jangan engkau lakukan, dengan begitu berarti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, karena sesungguhnya Allah akan senantiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu konsisten begitu." (HR Ahmad No: 6648)
Pengajaran:
1. Balaslah keburukan orang lain dengan kebaikan
2. Orang yang berusaha menghubungkan silaturahim, memaafkan perbuatan orang yang menzaliminya, sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang berbuat buruk padanya akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah
3. Segala amalan ikhlas daripada kita tetap akan mendapat ganjaran dan balasan kebaikan daripada Allah
4. Islam melarang pelaku buruk dibalas dengan keburukan. Walaupun orang lain memutuskan silaturahim, kita diperintah menghubungkannya. Orang berbuat aniaya serta kezaliman pada kita, kita sewajarnya memaafkan mereka.
Marilah sama-sama kita balas keburukan dengan kebaikan, menjadi pemaaf dan pendekat kasih sayang.

Monday, 18 July 2016

Tak mungkin kau dapat melihat wajah kau sendiri dalam air ketika air itu dalam keadaan gelegak. Begitu lah jua kau tak dapat melihat kebenaran ketika kau marah.
Tunggu hingga kau tenang,
Kemudian baru lah buat keputusan supaya tak menyesal.

Sunday, 17 July 2016


Di perantauan di pagi raya.
Demi sebuah Amanah
Kawan,
1.
Manfaatkan kesempatan dihari kebesaran ini
Untuk terus membesarkan Allah dan istiqomah dengan amal2 dr madrasah ramadhan seblm ini.
2.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan meneruskan tradisi kunjung mengunjung semasa sahabat handai dan sanak saudara.
3.
Persisnya dr madrasah ramadhan ,kita kembali fitrah manusia untuk menjadi muslim yang terbaik dan bermanfaat untuk semua
Salam eid mubarak

Siapakah Golongan Yang Akan Buta Matanya Di Akhirat?

Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi.
Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta.
Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?
Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.
Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik'?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.
Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Surah Taha (20) ayat 126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki, tangan dan anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah beroleh selamat dan kasih sayanag Allah SWT.
Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.
Ingatlah Allah diwaktu senangmu dan sihatmu maka kelak Allah akan ingat kpd mu diwaktu susahmu dan sakitmu.- Asyraf Zamzuri

Saturday, 16 July 2016

Hari ini Istanbul Turki Sudah kembali Tenang,
Presiden Turki Recep Tayib Erdogen memberikan hadiah perkhidmatan Bas dan Keretapi percuma Selama dua hari tanda kesyukuran Rampasan Kuasa di Gagalkan
Sumber : Ustaz Sukki Othman yang sedang berada di turki
Hidup akan sentiasa dipukul dengan ujian dan cubaan.

Badai akan selalu menimpa, sakit akan sentiasa terasa hingga kita pun kadang-kala terpinga-pinga.

Belum pun sempat menghela nafas lega, menzahirkan rasa gembira ia akan datang kembali dari arah yang tak terduga, dari jalan yang kadang tak pernah kita sangka.

Sudah penat bertanya kenapa...

Jawapnya dah lama ada. Tuhan kata Dunia ini adalah tempat ujian...Dan memang itulah fungsi aku dan engkau dihidupkan. Untuk diasak dengan ujian.

Nikmat itu ujian,
Taat itu juga satu ujian,
Maksiat juga satu ujian,
Bala juga satu ujian,

Dunia ini tempat ujian dan kau tak akan dapat berehat dari ujian sampailah datangnya waktu keputusan ujian engkau nanti.

Bertabahlah dan sabarlah wahai diri sendiri. Ingatlah yang kau akan diuji sampai engkau mati.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiya':35]
Selepas kesedihan ada kegembiraan,
Selepas tekanan ada kelapangan,
Selepas kesusahan ada kesenangan,
Setiap sesuatu itu ada penyelesaiannya.
Percayalah pada Allah dan bersabarlah.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.
Orang Beriman Sentiasa Menyambung Silaturrahim

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Dari Nabi SAW baginda bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia menyambung tali silaturrahim, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata baik atau diam." (HR Bukhari No: 5673)
Pengajaran:
1. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman.
2. Menyambung tali persaudaraan dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
3. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur dan bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).
Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan fitnah... lebih baik kita berdiam diri.
Mari kita muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan tali persaudaraan sesama muslim.
Ambillah peluang bulan Syawal ini untuk mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga antaranya melalui kunjung mengunjung.
Jadikanlah tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.
Peristiwa 1: Beruzlah di gua Hira’



Muka surat : 74 & 75 Tarikh : Setiap Ramadhan 3 tahun sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul.
Catatan:

Ketika umur Baginda mendekati 40 tahun dan tatkala pelbagai renungan yang dilakukannya telah membentangkan jarak pemikiran antara baginda dengan kaumnya, Nabi Muhammad mula suka menyendiri. Baginda membawa roti gandum dan bekal air lalu pergi ke Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, yang jauhnya kira-kira dua batu dari Mekah. Ukuran Gua Hira sederhana, tidak terlalu besar. Dalamnya sepanjang empat engkol besi dan lebarnya 1 ¾ engkol besi. Sepanjang Nabi Muhammad berada di Gua Hira, Khadijah turut keluar dari Mekah dan tinggal berdekatan Gua Hira.2

Baginda berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ada orang miskin mendatangi gua itu, baginda tidak lupa memberi makanan untuknya. Baginda menghabiskan waktu di dalamnya untuk beribadah dan memikirkan fenomena alam yang terjadi di sekeliling baginda serta kekuatan tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata. Baginda tidak mendapat ketenteraman hati menyaksikan apa yang ada pada kaumnya yang berupa keyakinan syirik yang membelenggu dan persepsi lemah yang dipenuhi dengan imaginasi tahyul. Namun begitu, di hadapan baginda juga tidak ada jalan terang untuk keluar daripada perkara itu, tidak juga jalan yang boleh dituju yang dapat membalut hati baginda dengan ketenteraman dan keredhaan.3

Pilihan hidup baginda untuk melakukan uzlah (menyendiri daripada masyarakat) merupakan salah satu rahsia Allah dalam mengatur diri baginda. Tujuannya adalah untuk mempersiapkan diri baginda sebelum menyambut urusan agung yang telah menanti baginda. Di situ, baginda bebas daripada kesibukan dan hiruk-pikuk dunia serta perangai manusia yang sentiasa mewarnai kehidupan.


 2 Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, al-Sirah alNabawiah, jil I, hlm. 235-236; Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166. 
3 Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, al-Sirah alNabawiah, jil I, hlm. 235-236; Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166. 
5  

Seperti inilah baginda mempersiapkan dirinya untuk memikul amanah besar yang akan mengubah wajah dunia dan meluruskan garis sejarah. Allah menetapkan baginda melakukan uzlah selama tiga tahun sebelum membebankan risalah Islam di bahu baginda. Baginda biasanya pergi menyendiri selama satu bulan penuh dengan hatinya yang merdeka, lalu merenungi keajaiban tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata ini. Hingga tibalah masanya baginda berinteraksi dengan keajaiban tersebut tatkala Allah mengizinkannya.4  


Besar sebenarnya tanggungjawab SUAMI. Semoga kita semua selamat di padang mahsyar. TERIMA KASIH kepada para i
ISTERI kerana turut meringankan beban suami ini.

Thursday, 14 July 2016




Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengahisihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang ma'ruf dan melarang yang munkar." (HR Tirmidzi No: 1844)
Pengajaran:
1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.
2. Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad: no.1555)
3. Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (HR. Abu Dawud)
4. Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahwa engkau lebih tua satu hari daripada aku niscaya aku tidak akan mendahuluimu"
(Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249)
Mari kita hayati hadis di atas sempena Syawal ni, kita bersifat RAHMAH dengan menziarahi dan mengunjungi orang yang lebih tua dari kita. Hormatilah mereka.
Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda dari kita.

Penghuni Neraka Jahanan Adalah Mereka Yang Tidak Mahu Memahami Ayat-ayat Allah.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai... "
(Surah al-A'raaf (7) ayat 179)
Doa Berlindung Daripada Kehilangan Nikmat :
"Ya Allah akau berlindung kepada-Mu daripada kehilangan nikmat-Mu, hilangnya afiat yang Engkau berikan, kemurkaan-Mu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaan-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)

Dulu ada seorang kawan
belajar Universiti dia dapat 4.0.
Result power.
Dia meninggal
sebelum sempat kerja.
Mak ayahnya sangat sedih.
Itulah anak harapannya.
Saya jumpa mak ayahnya
dan kata, saya ada ramai kawan.
Tapi anak makcik ialah orang yang
bangun malam
menangis sebelum Subuh.
Subuh sentiasa di Masjid.
Solat berjemaah 5 waktu.
Kuat dakwah.
Ratusan pelajar yang tak solat
dan jauh dari agama mula
dekat pada agama.
Dia belum sempat cinta dunia.
Allah gunakan anak makcik
asbab ramai anak muda
mula kenal masjid.
Dia jaga akhlak.
Senyum sentiasa.
Dia telah berjaya insyaAllah.
Dia sedang tunggu
dalam syurga InsyaAllah.
Pelajar tak payah tunggu exam
baru berjaya.
Bukan tunggu dah kahwin
dan dapat suami baik
baru bahagia..
Bukan dah glamour berjaya.
Bukan dah ada rumah atau
kereta besar kita berjaya.
Tapi sebenarnya
Hari ni kita dah berjaya
jika kita taat.
Perintah Allah
dan sunnah Nabi saw.
Kita taat sehingga Allah suka
dan gembira dengan kita.
Saat kita ingkar kita gagal.
Bila Allah gembira?
Bila kita hidup macam Nabi saw.
Moga Allah pilih
setiap dari kita
menjadi Daie Allah.
Menghidupkan agama
di seluruh dunia.
Sharing Pagi - Ustaz Ebit Lew