Monday, 25 July 2016

#RENUNGAN#

PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangnya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangnya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah.

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban!

Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalannnya ke pasar perniagannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja.. Spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu..

PENGAJARAN....Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tetapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui ".

"Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu."

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..


No comments:

Post a Comment