Friday, 30 September 2016

BANGUN WAHAI MELAYU


BANGUN WAHAI MELAYU🌸

Tika beberapa kurun, beberapa abad. Di katakan Tanah Melayu itu di jajah. Di katakan orang Melayu ketika itu mundur. Pedagang asing datang membawa dagangan semata-mata.

Itulah catatan dari buku teks dari darjah 1 hingga tingkatan 5.

Al-Mala-U, datangnya dari sebuah Qalam agung, di catat sekurang-kurang 22 kali dalam Qalam Al-Quran. Melayu dulu sudah jauh lebih maju dari yang sekarang, kita yang mundur! Ya! Kita.

Datangnya ahlul bait dari tanah arab ke Tanah Melayu menyebarkan, mengembangkan Islam. Berapa banyak khazanah melayu yang di buang, yang di kaburkan dari pandangan kita.

Ketahuilah sahabat semua, melayu dan islam itu berpisah tiada. Suka saya dengan kalam hamba Allah ini,

"barangsiapa yang tidak beramal dengan islam, maka gugurlah kalimah MELAYU dalam dirinya,"

Jadinya pergi pula dengan kalam Hang Tuah di mana kata beliau,

"Takkan hilang MELAYU di dunia,
Selagi beramal dengan ISLAM,"

Kita selalu menyanjung rangkap pertama sahaja tanpa mencari sambungan kata-kata beliau.

Di mana MELAYU sekarang, berapa ramaikah yang mengkaji tentang MELAYU itu sendiri?

Orang Melayu dahulu di kenali sebagai dengan Orang Laut, kerana sudah maju membina kapal 500 tan hinggakan Pelabuhan China tidak membenarkan Kapal Melayu berlabuh di tempat mereka, gara-gara terlalu besar.

Kalau dulu benar kita di jajah, mengapa Gabenor British meminta tanda tangan setiap Raja-Raja Melayu ketika itu? Apakah definisi di jajah?

Bukalah mata,
Terangkan hati,
Melayu dulu lebih di sanjung tinggi berbanding Melayu sekarang, kita yang mundur, di mana kita?

Sedang lena di buai mimpi ciptaan yahudi.😔

Monday, 26 September 2016

MATANG MENITI KEMENANGAN


Dalam merempuh satu cabaran , kematangan dalam tindakan adalah jalan terbaik bagi memperoleh suatu kemenangan. Matang boleh kita defisikan sebagai kedawasaan dalam pemikiran. Lalu mengapai kemenangan dengan kematangan dalam apa-apa perlawanan mampu menghimpit lawan.
Pertembungan antara haq dan batil akan terus berlaku dalam kehidupan ini. Paling mudah pertembungan yang wujud dalam diri kita sentiasa diberi pilihan sama ada memilih jalan syurga atau neraka.
Maka untuk merempuh segala halangan ini adalah kematangan disulami keimanan dalam diri. Sekiranya kematangan ini gagal diaplikasikan maka ia bakal mengundang prinsip "matlamat menghalalkan cara".
Kemenangan melalui cantasan, provokasi, percaturan dalaman, kroni tidak dapat tidak , akan menggunakan prinsip "matlamat menghalalkan cara". Prinsip ini adalah kepunyaan kepada si Penakut dengan bayang-bayangnya.
Pertarungan prinsip ini akan berakhir. Siapa yang menang dan kalah bergantung kepada kesabaran pengamalnya. Akan tetapi akan datang suatu masa, batil akan terbongkar lalu yang haq akan menggantikankan. Sabar dan istiqomah.
Kematangan meniti kemenangan

Sunday, 25 September 2016

TIPS UNTUK ORANG PUTUS CINTA

11 Tips Untuk Orang Putus Cinta
Hari ini viral kisah lelaki yang bercinta dengan seorang gadis selama 9 tahun. Pada Hari Raya ke-3 semalam mereka sepatutnya memeterai ikatan perkahwinan. Namun gadis itu berkahwin dengan lelaki yang lain.
1. Percintaan tidak perlu disulam terlalu lama hingga bertahun-tahun. Jika kedua pihak sudah mengenali terlalu mendalam maka tiada elemen 'suprise' semasa berumah tangga. Kemungkinan perasaan jemu pula yang akan berputik.
2. Bercintalah seadanya kerana cinta ini ada pasang surutnya. Perasaan manusia ini boleh berubah-ubah bagaikan angin monsun.
3. Bakal pasangan perlu dicari yang memiliki latar belakang agama yang kuat serta budi pekerti yang baik. Perwatakan yang cantik atau hensem adalah bonus.
4. Perkara yang berlaku ada hikmahnya yang kita tidak mampu memahaminya. Mungkin selepas beberapa tahun berlalu barulah mampu memahami takdir Allah yang berlaku. Ketika itu akan pasti wujud kesyukuran kepada Allah.
5. Hantaran belanja sepatutnya jumlah yang bersesuaian berdasarkan kemampuan. Perkara yang paling penting ialah memeteraikan ikatan perkahwinan.
6. Kenduri kahwin bukan tempat untuk berbangga di mata masyarakat. Kenduri kahwin sebenarnya sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan berkongsi kegembiraan dengan masyarakat.
7. Apabila ingin menyunting pasangan hidup maka lakukanlah Solat istikharah dengan Allah. Ia bagaikan bermesyuarat dengan Allah. Sesungguhnya cinta menyebabkan orang itu buta dan pekak daripada melihat perkara hakiki.
8. Sabar dan redha dengan apa yang berlaku adalah perkara wajib bagi seorang Muslim. Jangan hanya kerana kehilangan seorang gadis maka hidup
menjadi sengsara dan gila.
9. Jodoh yang sesuai dan lebih baik ada di luar sana. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
10. Jangan terus mencerca diri kerana ia sudah berlaku. Jangan difikirkan lagi episod lama. Hidup perlu diteruskan. Tutup memori lama dan buka halaman baru!
11. Ingatlah Allah sentiasa bersama kamu!

Sunday, 18 September 2016

Tone Excel

​Tiada bisnes di Malaysia yg sepasif dan sebaik Toneexcel​

Almarhum SC Puniran adalah ahli grp perintis Masaitune sejak awal 2014. Beliau menjalan bisnes TE secara aktif hanya dlm tempoh setahun. Beliau meninggal dunia pd Januari 2015 kerana penyakit kanser usus.

Sehingga skrg, walaupun SC Puniran tiada..simkad TE masih ttp memberi saraan berterusan utk keluarga almarhum.

Melihat ini saya sendiri merasa lega kerana apabila saya pasti ada ToneExcel akan menyara keluarga sy dgn izinNYA. Benarlah kata org..TE adalah pendapatan seumur hidup dan mati.

Admin MT

Salam..selamat ptg

BOLEH PM SAYA JIKA BERMINAT UNTUK BUAT BUSINESS TONE EXCEL.
TEL : +60189122430

Thursday, 15 September 2016


TAUBAT DAN ISTIGHFAR


TAUBAT DAN ISTIGHFAR: MAAFKAN KAMI

Dalam melayari bahtera kehidupan, sifat sebagai manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
Maksudnya: “Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat.”
[Riwayat Ibn Majah (4251)]

Taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama' adalah perasaan kesal dan insaf atas dosa yang dilakukan lantas memohon keampunan Allah dan berazam tidak mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.

Sebaik-baik manusia ialah yang sentiasa kembali kepada Tuhan dengan bertaubat dan beristighfar. Menitiskan air mata keinsafan dan memohon keampunan-Nya dengan sepenuh hati, segenap jiwa dan raga. Yakinlah firman Allah SWT:
وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah al-Nisa’: 110]

Kesilapan dan kesalahan hendaklah diikuti dengan istighfar dan pada ayat yang lain hendaklah sentiasa mengingati-Nya serta tidak berterusan melakukan kesalahan tersebut. Benarlah firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). [Surah Ali Imran: 135]

Pada petang yang mulia ini, InshaAllah kami akan berangkat menuju ke Mekah al-Mukarramah sebagai salah seorang Duyuf al-Rahman (tetamu al-Rahman) pada musim haji kali ini. Dengan menginsafi diri yang banyak kekurangan dan juga kesilapan serta dosa, kami mengambil kesempatan di sini memohon kemaafan dari semua pihak yang mengenali diri ini terutamanya yang berinteraksi dan berurusan dengan kami secara langsung atau tidak. Maafkan kami yang penuh dengn kelemahan dan kekurangan ini.

Kami tutup risalah yang ringkas ini dengan sama-sama untuk bertaubat dan beristighfar serta zikrullah lebih-lebih lagi pada hari-hari kemuncak waktu haji ini yang disebut 10 awal Zulhijjah.

Marilah sama-sama kita lafazkan:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan bertaubat kepada-Nya.”

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah engkau Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu, dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan, aku sedari nikmat-Mu kepada-ku, dan ku sedari akan dosa-dosa-ku, ampuni aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.”

Maafkan segala salah dan silap diri ini.

Akhukum fillah
SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan,
5 Zulhijjah 1437 bersamaan dengan 7 September 2016

Wednesday, 14 September 2016

MEDAN DAKWAH


Seluruh air laut di bumi ini,
tidak cukup untuk memadamkan sekecil-kecil api di neraka sana.

Akan tetapi, setitis air matamu yang takut kepada Allah,
ianya cukup untuk menghalang dirimu dari sambaran sebesar-besar api neraka jahannam.

*~SALAM MAGHRIB*

Tuesday, 13 September 2016

PENGORBANAN YANG MENUNTUT KESABARAN, DEMI KEBENARAN

Aidiladha: Pengorbanan Yang Menuntut Kesabaran, Demi Kebenaran.

"Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir."

(Surah Al-Hajj :28)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

Barisan pimpinan GAMIS dan SIGMA Pahang ingin mengucapkan salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan Pahang khususnya.

Aidiladha hadir lagi menyingkap lipatan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang juga seorang bapa dalam usaha melaksanakan perintah Allah dengan penuh  kesabaran. Direjamnya dan disumpah syaitan yang menghasut dengan kerikil di sepanjang jalan kebenaran. Lalu, kesabaran disulamkan dengan kasih sayang yang membuahkan ganti haiwan ternakan.

Lalu pada setiap Aidiladha, kita digalakkan menjalani ibadah korban dan diberikan pada mereka yang sengsara lagi fakir. Mungkin yang terdekat jiran tetangga kita juga buat saudara kita di Alleppo, Syiria. Jauh disana bagaimana mereka  memaknakan Aidiladha saat ini? Barangkali dengan mereka sendiri menjadi bahan korban senjata kimia demi mempertahankan negara.

Ayuhlah teman-teman, Aidiladha kali ini kita raikan dengan kesedaran, demi kebenaran kita perlukan pengorbanan. Korbankan kejahilan dengan usaha menuntut ilmu, korbankan kelalaian dengan kecaknaan pada masyarakat dan apa sahaja sehabis mampu. Dan ingatkan dalam pengorbanan perlu ada kesabaran.

Salam Aidiladha 1437H

'Bersama Melangkah Menuju Perubahan'

Monday, 12 September 2016

APA ITU UJUB???


Assallamualaikum sahabat yg dimuliakan Allah semoga Allah merahmati dan meredhai Allah.Diampunkan Allah segala dosa diberi kejayaan dunia akhirat dijauhkan azab nerakaNya
*UJUB*
Ujub ialah Perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata,
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)
wallahuallam

Saturday, 10 September 2016

Haq

Berhujah biarlah menggunakan ilmu.. bukan berlandaskan nafsu dan untuk memuaskan nafsu

Thursday, 8 September 2016

BILA BERSAHABAT KERANA ALLAH


Bila Bersahabat Kerana Allah

Persahabatlah kerana Allah, cintai mereka sebab Allah.

"Kerana boleh jadi kelak di akhirat, saat kita sudah di pinggir jurang neraka, adalah tangan-tangan mereka yang menyelamatkan kita. Tangan yang menarik dan menghulurkan bantuan untuk selamatkan kita.. ☺️"

Tuesday, 6 September 2016

BERTAUBAT DAN MENGULANGI DOSA

BERTAUBAT DAN MENGULANGI DOSA

Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang dia bertaubat daripadanya. Hingga akhirnya insan berasa lelah untuk bertaubat, kerana merasakan taubatnya itu sia-sia.

Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri kita.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6976]

Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata:

وَأَنَّهُ لَوْ تَكَرَّرَ الذَّنْبُ مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَلْفَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ ، وَتَابَ فِي كُلِّ مَرَّةٍ ، قُبِلَتْ تَوْبَتُهُ ، وَسَقَطَتْ ذُنُوبُهُ ، .

Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak seratus kali, atau seribu kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.

وَلَوْ تَابَ عَنِ الْجَمِيعِ تَوْبَةً وَاحِدَةً بَعْدَ جَمِيعِهَا صَحَّتْ تَوْبَتُهُ

Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.

قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ لِلَّذِي تَكَرَّرَ ذَنْبُهُ : ( اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ ) مَعْنَاهُ : مَا دُمْتَ تُذْنِبُ ثُمَّ تَتُوبُ غَفَرْتُ لَكَ

Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa: (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau) bermaksud: Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, aku akan mengampuni engkau.

Tetapi timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam Riadussolihin dalam bab taubat, 3 syarat untuk taubat diterima iaitu:

Pertama: Meninggalkan maksiat itu

Kedua: Menyesal kerana melakukan maksiat itu

Ketiga: Berazam untuk tidak mengulanginya.

Perlu kita bezakan manusia yang berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus ke dalam maksiat, dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.

Manusia yang pertama Insya-Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini:

يَدُلُّ هَذَا الْحَدِيثُ عَلَى عَظِيمِ فَائِدَةِ الِاسْتِغْفَارِ وَعَلَى عَظِيمِ فَضْلِ اللَّهِ وَسَعَةِ رَحْمَتِهِ وَحِلْمِهِ وَكَرَمِهِ ؛ لَكِنَّ هَذَا الِاسْتِغْفَارُ هُوَ الَّذِي ثَبَتَ مَعْنَاهُ فِي الْقَلْبِ مُقَارِنًا لِلِّسَانِ لِيَنْحَلَّ بِهِ عَقْدُ الْإِصْرَارِ وَيَحْصُلَ مَعَهُ النَّدَمُ فَهُوَ تَرْجَمَةٌ لِلتَّوْبَةِ

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.

Kata beliau lagi:

وَمَعْنَاهُ الَّذِي يَتَكَرَّرُ مِنْهُ الذَّنْبُ وَالتَّوْبَةُ فَكُلَّمَا وَقَعَ فِي الذَّنْبِ عَادَ إِلَى التَّوْبَةِ لَا مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ بِلِسَانِهِ وَقَلْبُهُ مُصِرٌّ عَلَى تِلْكَ الْمَعْصِيَةِ

Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.

Masih belum terlambat. Bertaubatlah! Allah tahu usaha taubat kita! Allah tahu isi hati kita! Allah tahu tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

Assalamualaikum semua😊🌹

Monday, 5 September 2016

TIADA ERTI MENGALAH SEBELUM MENCAPAI KEMATIAN

Biasan cahaya di luar jendela,
Ku tutup mata untuk seketika,
Air mata tetap mengalir di pipi,
Tertanya sampai bilakah aku harus begini,
Sakit tidak tertahan dengan ujian demi ujian,
Ku cuba mengukir senyuman tetapi tetap hambar,
Aku penat ya Allah,
Aku perlu biarkan ia berlalu melalui masa,
Untuk seketika bertahanlah wahai hati,
Moga ada kebahagiaan dibalik tirai hati nanti.😊❤

Sunday, 4 September 2016

NAK BERJAYA ....


Nak berjaya tapi tiada usaha, tiada kesabaran. Sampai bila pun takkan dapat apa yang dimahukan.

Letaklah harapan,
tapi biarlah dengan kadar dan usahanya.

Juga dengan doa dan tawakalnya.

Bukan dengan hanya berharap dan berangan semata mata.

Apa pun yang bakal dihadapi , jangan mudah putus asa dan hilang harapan dalam hidup.

Saturday, 3 September 2016

Tugas Besar Untuk Orang Besar


..sambungan Bedah Buku 1 ~ Kota Roma Menanti Anda (Choirul Anam)

BAb 1

Tp in shaa Allah, sekali lalu..pd bab pertama ni ana akan ambil 80% buah motivasinya.

☝ Tugas besar utk org besar

😊bagaimana? Tgk ja tajuk kecil di atas dah buat naik bulu tengkuk kita kan.. eh! Not me..aku bkn org besar, dan xlayak aku dpt tugas besar. Haha... bang 🔫!

Bagaimana? Dah sedar? Andalah org besar tu. Tahniah!! Anda yg terpilih utk meneruskan legacy para nabi & rasul. Berbahagialah 💐 bkn semua org sanggup mengabdikan diri di jln Allah, sanggup utk mengubah masyarakat yg rosak menjadi lebih baik. Bkn calang2 org nak letakkan diri sbg musuh majoriti masyarakat.

Beruntunglah.. Sabda Rasulullah saw, "Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah org2 yg asing"  Ditanyakan kpd baginda, "Siapakah org yg asing itu?" Rasul menjawab, "Iaitu org2 yg melakukan perbaikan (islah) pada saat manusia umumnya telah rosak." (HR Tabrani)

👆🏻Al-Ghuraba' yg beruntung itu adalah anda. Ketika ini manusia telah rosak. Dan andalah antara manusia yg menjadi watak ketiga, yg sibuk memikirkan masalah masyarakat di saat kebanyakan org disibukkan dgn urusan dunia dan urusan peribadinya.

YANG MEMILIH ANDA adalah ALLAH, Pencipta Alam
YANG MEMUJI ANDA adalah RASULULLAH, pemimpin para nabi

Justeru, masih adakah kebahagiaan selainnya?

☝ ☝ Tugas berat yg membanggakan


HIDUP MATI ISLAM diletakkan Allah di genggaman Anda!
BAIK BURUK MASYARAKAT DUNIA berada di pundak Anda!

👏 👏 Anda sgt2 hebat, menjadi guru utk mengajar erti hidup dan kehidupan.. utk menjelaskan kpd manusia siapa Tuhan mereka dan apa yg mereka harus lakukan kpd Penciptanya. Dan paling utama, tugas anda utk menjelaskan tuhan2 palsu yg selama ini memperbudak manusia, sehingga hanya Allah yg diagungkan. Mengajak menerapkan aturan Allah semata, sehingga kedaulatan berada di tangan Yang Esa.

🙌sama...tiada beza...bagaimana tugas yg dipikul para nabi & rasul, itulah tugas anda juga. X percaya??

☝ ☝ ☝ Jahiliyah zaman nabi

Xperlu ulang cerita, pasti antunna dah muak mendengar potret jijik masyarakat yg dihadapi Rasulullah..

😣masyarakat yg terbelenggu hawa nafsu
😖khurafat, tahyul, mistik jadi budaya
😓yg kuat menindas yg lemah
😞wanita diperjualbelikan/ jd 'pelaris' perniagaan
😔assobiyah menguatkan permusuhan
😰bayi wanita ditanam hidup2
😷rompakan, penipuan, korupsi jd menu harian
... lagi?

SESAK NAFAS, gua hira' jd destinasi uzlah baginda. Sehingga dipilih Allah utk mengubah segalanya..

Maka bagaimana dgn anda? Sesak nafas atau x melihat keadaan masyarakat skrg?

🤔🤔jika ya, apa anda akan lakukan? Mengasingkan diri utk mencari ketenangan? Atau pura2 xtahu hingga anda xrasa mendapat tugas apa pun dari Pencipta? Atau anda fikir itu bukan tugas anda, biar org lain yg lakukan??

Jika bkn anda, siapa lagi? Siapa yg akan membimbing masyarakat? Bukankah Allah telah memilih anda? Nanti nak jawab apa di 'sana' bila anda ditanya? Atau adakah anda fikir anda tidak akan dipersoal?

Friday, 2 September 2016

SYURGA CINTA VS CINTA PALSU?

SYURGA CINTA VS CINTA PALSU?

Saya agak sedih, melihat umat hari ini, HANCUR, hanyut, tenggelam, terawang-awangan, asyik dan tertipu dengan CINTA. Saban hari, segala apa yang berkaitan cinta, menjadi minat ramai anak muda. Habis.

Lagu cinta menjadi hiburan telinga. Novel cinta menjadi bestseller dan kegilaan. Movie dan drama cinta menjadi ketagihan, satu demi satu episode dan movie di download, tengok ramai-ramai. Parah. Sangat parah.

Kenapa?

Kenapa hari ni ramai yang tergila-gila mendapatkan cinta manusia, sebelum nikah, bercouple berikhtilat, suka ini suka itu, crush ini crush itu. Berdebar ini itu, tulang rusuk bergetar itu ini. Kenapa?

Tapi, pada masa yang sama…….

Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.

Untuk Allah, kau main-main. Untuk Allah, kau bermalas-malasan. Untuk Allah, kau buat ala kadar, untuk Allah, hati kau tak berdebar rindu . Untuk Allah, hati kau tak tenang kerna cinta padaNya. Untuk Allah kau tak menangis. Untuk Allah, kau tak rasa nikmat. Terpaksa, di paksa.

Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.

Tapi…..

Walau, walau kau lupa Allah, Allah kau tinggalkan, mungkin kau lupa bahawa…

“Allah tak tinggalkan kau….”

Mungkin kau lupa, betapa Allah sayangkan kau. Mungkin kau tak ingat, betapa Allah cintakan kau. Mungkin kau tak tahu, betapa Allah rindukan kau.

Maka, biar daku ingatkan kau. Agar kau tidak lagi lupa, agar kau tidak lagi alpa, agar kau tidak lagi lalai. Agar kau sedar, Allah tak pernah lupakan kau.

@kaktikah

Saya agak sedih, melihat umat hari ini, HANCUR, hanyut, tenggelam, terawang-awangan, asyik dan tertipu dengan CINTA. Saban hari, segala apa yang berkaitan cinta, menjadi minat ramai anak muda. Habis.

Lagu cinta menjadi hiburan telinga. Novel cinta menjadi bestseller dan kegilaan. Movie dan drama cinta menjadi ketagihan, satu demi satu episode dan movie di download, tengok ramai-ramai. Parah. Sangat parah.

Kenapa?

Kenapa hari ni ramai yang tergila-gila mendapatkan cinta manusia, sebelum nikah, bercouple berikhtilat, suka ini suka itu, crush ini crush itu. Berdebar ini itu, tulang rusuk bergetar itu ini. Kenapa?

Tapi, pada masa yang sama…….

Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.

Untuk Allah, kau main-main. Untuk Allah, kau bermalas-malasan. Untuk Allah, kau buat ala kadar, untuk Allah, hati kau tak berdebar rindu . Untuk Allah, hati kau tak tenang kerna cinta padaNya. Untuk Allah kau tak menangis. Untuk Allah, kau tak rasa nikmat. Terpaksa, di paksa.

Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.

Tapi…..

Walau, walau kau lupa Allah, Allah kau tinggalkan, mungkin kau lupa bahawa…

“Allah tak tinggalkan kau….”

Mungkin kau lupa, betapa Allah sayangkan kau. Mungkin kau tak ingat, betapa Allah cintakan kau. Mungkin kau tak tahu, betapa Allah rindukan kau.

Maka, biar daku ingatkan kau. Agar kau tidak lagi lupa, agar kau tidak lagi alpa, agar kau tidak lagi lalai. Agar kau sedar, Allah tak pernah lupakan kau.

@kaktikah

Thursday, 1 September 2016

The World Searching For Your


"Bangkitlah! Kerana dunia perlukan kau."

Sebaris kata yang aku bisikkan pada diri sendiri tatkala sampan kehidupan nyaris tenggelam ke dalam lautan. Tatkala arus seakan-akan tidak sehaluan. Dan tatkala langit mendung dihurung kegelapan.

Meskipun sampan ini kecil dan masih belajar tentang kehidupan, meskipun sampan ini masih mencari arah tujuan, tak bererti sampan ini tak mampu untuk meredah lautan.

Kerana sesuatu yang besar bermula dengan langkah yang kecil.

.....

I won't let this take me down tonight
Cause I know this spark inside could turn into a fire
And I can make it through tonight
Even when it's killing me just to breathe
I know I can make it out of here

And I might fall
But that won't change my mind
I choose to believe
It's worth the fight

- Worth The Fight -

Share4u: Kehidupan Merupakan peperiksaan Paling SusahRamai ...

Share4u: Kehidupan Merupakan peperiksaan Paling SusahRamai ...: Kehidupan Merupakan peperiksaan Paling Susah Ramai yang gagal dalam Peperiksaan Kehidupan kerana meniru Jawapan orang lain Sedangkan Se...