BANGUN WAHAI MELAYU🌸
Tika beberapa kurun, beberapa abad. Di katakan Tanah Melayu itu di jajah. Di katakan orang Melayu ketika itu mundur. Pedagang asing datang membawa dagangan semata-mata.
Itulah catatan dari buku teks dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
Al-Mala-U, datangnya dari sebuah Qalam agung, di catat sekurang-kurang 22 kali dalam Qalam Al-Quran. Melayu dulu sudah jauh lebih maju dari yang sekarang, kita yang mundur! Ya! Kita.
Datangnya ahlul bait dari tanah arab ke Tanah Melayu menyebarkan, mengembangkan Islam. Berapa banyak khazanah melayu yang di buang, yang di kaburkan dari pandangan kita.
Ketahuilah sahabat semua, melayu dan islam itu berpisah tiada. Suka saya dengan kalam hamba Allah ini,
"barangsiapa yang tidak beramal dengan islam, maka gugurlah kalimah MELAYU dalam dirinya,"
Jadinya pergi pula dengan kalam Hang Tuah di mana kata beliau,
"Takkan hilang MELAYU di dunia,
Selagi beramal dengan ISLAM,"
Kita selalu menyanjung rangkap pertama sahaja tanpa mencari sambungan kata-kata beliau.
Di mana MELAYU sekarang, berapa ramaikah yang mengkaji tentang MELAYU itu sendiri?
Orang Melayu dahulu di kenali sebagai dengan Orang Laut, kerana sudah maju membina kapal 500 tan hinggakan Pelabuhan China tidak membenarkan Kapal Melayu berlabuh di tempat mereka, gara-gara terlalu besar.
Kalau dulu benar kita di jajah, mengapa Gabenor British meminta tanda tangan setiap Raja-Raja Melayu ketika itu? Apakah definisi di jajah?
Bukalah mata,
Terangkan hati,
Melayu dulu lebih di sanjung tinggi berbanding Melayu sekarang, kita yang mundur, di mana kita?
Sedang lena di buai mimpi ciptaan yahudi.😔
No comments:
Post a Comment