Dalam merempuh satu cabaran , kematangan dalam tindakan adalah jalan terbaik bagi memperoleh suatu kemenangan. Matang boleh kita defisikan sebagai kedawasaan dalam pemikiran. Lalu mengapai kemenangan dengan kematangan dalam apa-apa perlawanan mampu menghimpit lawan.
Pertembungan antara haq dan batil akan terus berlaku dalam kehidupan ini. Paling mudah pertembungan yang wujud dalam diri kita sentiasa diberi pilihan sama ada memilih jalan syurga atau neraka.
Maka untuk merempuh segala halangan ini adalah kematangan disulami keimanan dalam diri. Sekiranya kematangan ini gagal diaplikasikan maka ia bakal mengundang prinsip "matlamat menghalalkan cara".
Kemenangan melalui cantasan, provokasi, percaturan dalaman, kroni tidak dapat tidak , akan menggunakan prinsip "matlamat menghalalkan cara". Prinsip ini adalah kepunyaan kepada si Penakut dengan bayang-bayangnya.
Pertarungan prinsip ini akan berakhir. Siapa yang menang dan kalah bergantung kepada kesabaran pengamalnya. Akan tetapi akan datang suatu masa, batil akan terbongkar lalu yang haq akan menggantikankan. Sabar dan istiqomah.
Kematangan meniti kemenangan
No comments:
Post a Comment