Aidiladha: Pengorbanan Yang Menuntut Kesabaran, Demi Kebenaran.
"Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir."
(Surah Al-Hajj :28)
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.
Barisan pimpinan GAMIS dan SIGMA Pahang ingin mengucapkan salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan Pahang khususnya.
Aidiladha hadir lagi menyingkap lipatan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang juga seorang bapa dalam usaha melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran. Direjamnya dan disumpah syaitan yang menghasut dengan kerikil di sepanjang jalan kebenaran. Lalu, kesabaran disulamkan dengan kasih sayang yang membuahkan ganti haiwan ternakan.
Lalu pada setiap Aidiladha, kita digalakkan menjalani ibadah korban dan diberikan pada mereka yang sengsara lagi fakir. Mungkin yang terdekat jiran tetangga kita juga buat saudara kita di Alleppo, Syiria. Jauh disana bagaimana mereka memaknakan Aidiladha saat ini? Barangkali dengan mereka sendiri menjadi bahan korban senjata kimia demi mempertahankan negara.
Ayuhlah teman-teman, Aidiladha kali ini kita raikan dengan kesedaran, demi kebenaran kita perlukan pengorbanan. Korbankan kejahilan dengan usaha menuntut ilmu, korbankan kelalaian dengan kecaknaan pada masyarakat dan apa sahaja sehabis mampu. Dan ingatkan dalam pengorbanan perlu ada kesabaran.
Salam Aidiladha 1437H
'Bersama Melangkah Menuju Perubahan'
No comments:
Post a Comment