PENGGUNAAN ANA - ENTA
Saya nak kaitkan pemakaian kata nama panggilan "ana-enta" ini sebagai "desirable difficulties" mengikut teori Malcolm Gladwell.
Memang ramai orang bash 'ana-enta' ini poyo, bajet baik, berlakon dan sebagainya. Tapi bagi saya ada hikmah dan 'lesson' yang generasi dakwah terdahulu laksanakan dan biasakan panggilan ini dalam kelompok islamis mereka.
Desirable difficulties : kesukaran yang diperlukan. Apabila ada sesuatu perkara yang menjadi limit, benteng, penghalang kita akan berusaha keras untuk mencapainya dan betul betul menghargainya bila perkara tersebut digapai. Tetapi apabila perkara itu terlalu senang diterima, kita 'take for granted'.
Maka, konsep "ana-enta", yang saya dapati sebenarnya memberi beberapa limitasi dalam komunikasi
1-Orang takkan mencarut, memaki bila guna ana enta.
2-Orang akan bercakap dengan lemah lembut dan lebih sopan
3-Ekslusif : Guna ana enta dengan golongan tertentu sahaja. Contoh : dengan kelompok usrah, budak talaqqi. Bila ekslusif, timbul rasa 'istimewa'nya terma ini sebab tak dipakai di semua tempat. Untuk bina circle baru, bagi saya penggunaan panggilan dan terma memainkan peranan penting untuk set paradigma.
4-Tsiqah/Thiqoh. Bila guna ana enta tiba2 rasa macam baik sikit. Terus mindest tak nak cakap/buat benda2 yang merapu. Pelik sangat dengar,
"Ana layan lagu Selena Gomez..best wau,,
Ana main game semalam tak tido malam..
Ana rasa nak condemn ni lah,".. Ni contoh pelik kan?
Ana main game semalam tak tido malam..
Ana rasa nak condemn ni lah,".. Ni contoh pelik kan?
Orang tak ambil mudah dalam percakapan seolah olah ada sesuatu yang perlu dijaga disebabkan limitasi tersebut. Kalau aku-kau memang kita rasa rapat, itu sampai cakap tak elok pun keluar.
Ramai pertikai bahawa ini hanyalah aspek bahasa sahaja. Kononnya, arabisasi, islamis dan lain lain. Tapi saya percaya dan rasa, jauh dari sudut hati saya, ada sesuatu pada panggilan arab ini yang memberi kesan pada diri suatu ketika dulu.
Jadi, mari kembali kepada tradisi lama yang telah hilang. Hidupkan rasa berjemaah, jiwa dakwah dan tarbiyah dalam diri.
tulisan najmuddin razak
No comments:
Post a Comment