Wednesday, 31 August 2016

ISLAM DAN HIBURAN : BATASAN DALAM BERHIBUR🎢




🎈
Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu elemen dalam kehidupan. Adapun konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat seseorang juga berbeza-beza mengikut kecenderungan masing-masing.
🎈Justeru, apa yang tidak diharamkan dan dilarang oleh syara’ adalah perkara yang baik. Disebabkan itu hiburan yang menurut Islam yang tidak mengandungi unsur-unsur yang haram adalah diharuskan.
🎈Hukum asal bagi hiburan adalah diharuskan dengan syarat menjaga batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama yang menghukumkan hiburan itu adalah harus, iaitu :
🎀 Dari sudut jenaka atau lawak, pastikan tidak menipu dan menghina atau menjatuhkan maruah seseorang serta tidak melampau sehingga terlalu banyak gelak.
Nabi SAW bersabda :
“Celakalah bagi mereka yang berkata kemudian menipu untuk menggelakkan sesuatu kaum (menghina), celakalah baginya, celakalah baginya.”[7]
🎀 Tidak mengandungi unsur perjudian dan sebagainya yang diharamkan dalam konteks kewangan Islam.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah pada ayat ke-90 yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
🎀 Tidak lalai sehingga mengabaikan kewajipan seperti solat fardhu dan sebagainya.
Firman Allah dalam Surah Al-Asr yang bermaksud :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam keadaan yang rugi. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
🎀 Tidak mendatangkan mudharat samada mencederakan diri sendiri atau mencederakan pihak lain.
Abi Said Al-Khudri, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Tidak ada (haram melakukan) mudharat dan membalas kemudharatan (dengan mudharat)”[11]
🎀 Tidak mendedahkan aurat, berlaku percampuran yang terlarang / pergaulan bebas serta fitnah dari sudut syahwat yang menjurus ke arah zina
Firman Allah dalam Surah An-Nur pada ayat ke-30 yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(30)
Islam tidak menghalang umatnya daripada berhibur bahkan ia diraikan selagimana tidak bercanggah dengan syara’. Konsep berhibur hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah dibentang di atas.
Justeru, mana-mana hiburan yang bercanggah dengan syara’ adalah diharamkan dan mesti dicegah agar tidak merosakkan masyarakat bermula dari sekarang
Kesimpulannya, hiburan jadi haram apabila
 Tempat duduk antra lelaki dan perempuan bercampur
 Penyanyi tidak menutup aurat, berpakaian ketat, freehair
 Lirik lagu yang melalaikan
 Hiburan melampau-lampau, lelaki perempuan bersentuh sentuhan



No comments:

Post a Comment